20 Ogos 2011 - 19:30

Ulama senior Iran mendesak pihak berkuasa memberikan reaksi keras terhadap filem yang menghina Imam Syiah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama senior Iran mendesak pihak berkuasa memberikan reaksi keras terhadap filem yang menghina Imam Syiah.

Rasa tidak puas hati dengan filem yang mengecewakan Syiah di seluruh dunia ini, Ayatullah Ja'far Subhani menyeru pemimpin-pemimpin Iran bertindak menentang filem yang berjudul Al-Hasan, Wal Husain, Wa Muawiyah.

Ayatullah Subhani menekankan bahawa, "Filem ini ditayangkan di beberapa negara Arab, nasib baik ulama Al-Azhar mengharamkan pengambaran dan menonton filem yang menayangkan wajah para Imam ini".

"Apakah penyangan wajah para Imam dapat diterima?, mereka yang melakukan filem ini hendaklah menunggu balasan Allah", Kata guru agama ini sambil mengingatkan orang ramai agar mematuhi perintah Tuhan.

Berita Berkaitan:

Mufti Mesir tuntut tayangan filem dihentikan serta merta
Drama penghinaan; Ayatullah Makarim Syirazi beri amaran keras